Tuesday 7 July 2015

Solusi kepada masalah deodoran

Assalamualaikum.
Selamat pagi
Salam 1 Malaysia.

Kah3. Ayat kat atas ni bekas bos tiap2 hari hantar kat group whatsapp. Bos ni memang baik gila. Memang bos idaman setiap orang. Bos tapi macam kawan2 je. Memang sempoi.

Berbalik kepada permasalahan di atas, masalah nya ialah alergi kepada deodoran. Siapa hado masalah cmni? *angkat dedua belah tangan* Aku ni memang sejenis manusia yang sensitif kulitnya. Tak kena sikit ada la fungus datang merayap. Fungus dalam erti kata lain, kering2 gatal2. Selalu terjadi pada belakang telinga, pelipat tangan, pelipat kaki dan ketiak. Dulu memang suka benar sabun shokobutsu perisa oren. Nyaman je rasa. Rupa-rupanya bila jumpa doktor, beliau cakap aku tak boleh guna sabun yang menghakis (seperti dettol, protex, lifebuoy, shokobutsu dan lain2). Memang rasa tegang je kulit kalau pakai sabun jenis tu. Boleh pakai yang lembut pada kulit (tak banyak buih) sahaja contohnya sabun johnsons dan kebanyakan sabun murah2.

Ketiak aku ni pulak masalah dengan deodoran pulak. Sembur je deodoran (atau golek) mula la rasa merekah berlubanhg2 kulit. Rasa je ea. Bukan betul2 jadi pon. Tu permulaan. Beberapa minit kemudian gatal2 diikuti adegan garu2 sampai la luka2. Memang gila tak selesa. Bila kering memang seksa jugak. Dia jadi keras pastu ko tak boleh gerakkan ketiak. Aje gila. Memang mengangkang je ketiak aku tak bergerak.

Haritu masa pergi trip perhentian ada sorang akak ni dia spray benda luar biasa kat ketiak dia. Orang kata, "Curiosity kills the cat" kan? Jadi siasat punya siasat, hakak tu pakai benda kat bawah ni. Haaa, kali ni post ada gambar. hahaha. Bangga rasa.


Benda ni nama Dr Mist. Bukan utk ketiak saje, utk kaki pon boleh. Fungsi dia utk mengeringkan ketiak. Lepas mandi, lap ketiak kering2, spray benda ni. Dah kering ketiak baru ko pakai baju. Benda ni takde bau. Macam air kosong je. Tapi kosong bukan sekadar kosong. Ketiak aku sudah bebas dari permasalahan. Harga sebotol antara RM10-RM13. Ada jual kat watson, guardian, caring dan mungkin farmasi lain. Selalunya farmasi2 ni dalam mall kedudukannya berdekatan je. Kalau kome rajin, g usha harga setiap kedai cari yang paling murah. Caring selalu paling murah sebab dia jual kombo. 1pek ada 3 botol.

Sekian sharing pada hari ini. Moga bermanfaat.

Saturday 4 July 2015

Tension pagi-pagi di bulan Romadhoonn

Siapa selalu tension pepagi di bulan Ramadhan? Siapa tahu apa yang di-tension-kan? Wanita yang ada tanggujawab hemak-hemak je tension pepagi ni. Tension nak masak apa untuk berbuka. uhuhu. Walaupon aku belom lagi termasuk dalam kategori hemak-hemak, akan tetapi aku telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang hemak. Al-maklum lah pengaggur memang gitu. Nak duduk rumah sangat kan? Hambek kau duduk rumah sambil amek alih tugas mak memasak, membasuh, meyidai, melipat, mencuci dan sebagainya.

Kembali kepada topik asal, aku memang tension pepagi di bulan Ramdhan ni. Yela, pagi2 kena la ke pasor kan nak membeli rencah-rencah kehidupan sebagai juadah berbuka. Mana tak tensionnya? Tanya orang ni nak makan apa, "Entahlah......" jawapan yang dapat. Tanya orang sana pon sama juga jawapan. Tanya orang lain pulak. Sama je pattern nye tetiap hari. Kang aku masak ikut selera aku, memang takde sape la yang teringin nak makan pulak. Susah tau jadi hemak-hemak ni. Jadi, nak potong segala dilema, aku memutuskan untuk masak makanan yang selalu aku masak (mengaku je la library masakan pendek sangat uhuhu).

Maka, terhasillah MEE BANDUNGGG!!!

Tu je pon yang aku power yang sumorang makan tanpa complain. Kalau complain jugak, pancung saje kepala dia! hehe. Jadi, sebagai seorang wanita yang baik, comel, sopan santun, lemah lembut, baik hati dan sebagainya, sangat berbesarlah lah hati ni nak share resepi terulung aku ni. hewhew. Aku punya resepi ni takde sukatan. Semua ikut selera sendiri, ikut penyakit sendiri (mana ada darah tinggi kurangkan garam dan sebagainya), ikut daya tahan sndiri (mana tak tahan pedas, letak sikit cili dah la kan?).

Bahan-bahan:
Mee kunen (kuning la)
Ayam didadu (rebus sesiap)
Bawang merah dan putih (blend)
Tomato (blend)
Cili kering kisar
Sayur2 (masukkan la segala jenis sayur kau suka. aku suka kobis, sawi, karot, baby jagung)
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Telur
Garam
Gula
Perasa (mana yang pentingkan kesihatan taknak masuk MSG, toksah masuk!)

Cara-cara:
Tumis bahan kisar. Dah naik minyak, masukkan semua jenis sos. Seperti aku cakap tadi, sukatan ikut suka hati. Memasak kan kena try and error. Kalau tak menjadi, lenkali buat sukatan lain sampai menjadi. Kemudian, masukkan ayam yang telah direbus. Dah menggelegak, masukkan air sebagai kuah. Tunggu dorang menggelegak dengan galak sekali, masukkan segala jenis sayur. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Hagak2 sayur dan lembut, tutup api dan pecahkan telur. Aku suka telur kuning dia masih warna oren (maknanya bukan warna kuning). Biar dia masak guna kuah yang panas tanpa bantuan api. Kitorang makan telur sorang satu. Kalau kome nak gaul telur tu pon buleh. Takdo masalah. Dah setel kuah, masukkan mee dalam bekas, masukkan air panas, kacau2 sikit bagi ubat dia hilang, kemudian tapis terus. Jangan lelama. Agak2 dalam seminit sudah. Aku tak campurkan mee dalam kuah. Ikut suka hampa la no?

Sekian, demikianlah resepi terulong aku. hehe. Terulong sangat kan? Yang penting konpiden dan ikhlas. Yang lain tolak tepi. Aku baru lagi berkecimpung dalam dunia blogger ni, jadi izinkan aku post entry sekali lagi tanpa gambar hehe. Next time kalau ada rezeki bergambar, ada la gambar sebagai penyeri entry.

Selamat mencobaa! :D