Sunday 15 November 2015

Bercuti bajet di Teluk Senangin

Semenjak pengangguran ni, wang masuk yillek. Harapkan ihsan mak bapak nak makan je kan. Nak shopping berbelanja bercuti memang kena korek la simpanan yang dasar bekas pon tak penuh. Walau takde duit, hati dan perasaan masih mempunyai rasa nak melancong sana sini. Pendam saje lah uhuk uhuks. Sedang berboring-boringan di rumah, tak sangka ada kawan2 area sini ajak pergi bercuti tapi secara bajet ar. Nak release tension katenyee. Nak yg bajet kena la pergi yang dekat2 aje ye dak?

Paling dekat dengan Gopeng hanyalah Teluk Batik, Pangkor, Teluk Senangin, Teluk Rubiah, Pantai Remis dan yang sewaktu dengannya la. Pangkor mcm over bajet lak kena bayo feri la, tambang van dalam pulau, duit parking kereta.. Teluk Batik dah biasa sangat dan air lautnya terlalu amat kotoq sekali. Last choice Teluk Senangin. Survey punya survey, jumpa la beberapa pilihan. Dulu2 dah pernah stay kat Chalet Teluk Senangin. Memang tepi pantai bebetul. Mmg syiok ar tapi chalet sangat kecil dan tiada aircond dan panas dan dinding daun dan sebagainya. hahaha. Call Chalet Idaman penuh pulok. Last2 book Chalet Mesra.

Okay. Itteww dan belanja gambor chalet. Ni unit besor. Boleh muat sampai 6 orang. Harga RM120 ada satu katil queen. Nak tilam tambahan Rm10 untuk tilam single sama selimut sekali bantal. Kami pergi berempat jadi amek 2 set tilam tambahan. Kawasan dalam chalet teramat la kemas dan bersih. Pakcik tu mmg jaga betoi kawasan dia. Berenda luas. Walaupon chalet terpisah dengan laut dengan sebatang jalan, namun masih memikat jiwa. kah3. Toilet bersih. Ada aircond. Chalet ni ada 8 unit sahaja. Enam unit kecik boleh muat sampai 4 orang, dua unir besor.

Gigih tau bawak segala perkakasan BBQ, steamboat segala konon nak makan2 tepi laut. Rupanya takde lampu, bergelap je la kami makan ditemani cahaya lampu suluh dan handphone.



Memang syiok ar. Liya siap beli bekas besi pembakar baru lagi. Aku dah la drive viva je. Memang sendat sesendatnya la kereta tu esp waktu balik. Barang mmg dh sedia banyak, singgah lumut pulak beli makanan kering sorang seplastik besor. Mmg atas riba la jawabnye. Sambung pasal cerita malam tu, lps BBQ balik chalet siap2 nak tido kengkonon. Sekali dah balut selimut, bukak la cerita2 gosip2 perkembangan terkini. Mmg la selalu jumpa tapi jumpa kejap2 tak sempat nak bercerita panjangkan. Tak lain tak bukan aku la penglipur lara tu. Kering oo tekak. Family unit sebelah mesti tension gila. Sekejap2 mengilai, sekejap2 mengilai. hahaha. Sampai dekat 2pagi mengilai. Malam tu tak teringat orang sebelah. Bangun pagi tgk orang sebelah muka ketat baru la rasa bersalah. hahaha.

Untuk breakfast plan nak makan roti sama scramble egg saje. Tapi makanan malam tadi ada lebih. Maka terhasillah bihun goreng, scramble egg, tofu goreng dan lebihan BBQ smlm. Kawasan memasak sangat luas ye. Kat luar chalet la. Bukan dalam chalet. Ada dua sinki. Dua kumpulan boleh memasak. Masa kami keluar tu, group cikgu2 baru siap masak. Depa ada kem motivasi apa tah. Sekolah dari Taiping. Memang aku ada bawak dapur potable. Boleh ar masak memacam.


Tengok tu. Kemain penuh meja. Sakan masak dan makan kul 10 baru nak terjun balik. Adas sejam je la nak bermandamanda. Kena spare sejam nak bersiap. Pompuan la katekan. Kalau lelaki boleh je mandi shower yang betul2 kat depan chalet kami. Takyah nak tunggu giliran guna bilik air.

Masa balik singgah AEON Manjung makan lunch. Ternampak Wing Zone. Apebende kah itu? Rupanya fast fod baru. Tapi mmg sedap ar. Cawangan pertama dia kat Malaysia ada kat Kampar. Haritu bawak ayah p try, sampai sekarang asyik nak mengulang ke sana je. Aku boring dah. egh.

Bawah ni breakdown belanjawan yang takde la tepat sangat. Agaak2 je. Haritu kami kira2 bahagi empat sorang bayar RM63 je (exclude belanja barang di Lumut dan lunch di Wing Zone). Kira ok la kan?

Minyak kete RM40
Chalet RM140
Barang makan RM80

Sekian itu sahaja perkongsian. Moga info berkenaaan bermanfaat bagi kalian ye.

No comments:

Post a Comment