Wednesday 25 November 2015

Cara isi borang nikah

Assalamualaikum.

Sejak ada plan nak mendirikan rumah tangga ni, rajin le jugak membaca blog2 mengenai persediaan perkahwinan, tempat beli barang, checklist, penjagaan diri dan sebagainya. Rata2 sume guna perkataan "B2B". Apebende kah itu? Mula2 igt business to business, masa belajor subjek marketing dulu ada. Rupa rupanya, Bride-to-be. Jadinya, aku guna B2B jugak la ye.

Aku decide nak kahwin pon, ada masa 4 bulan je nak prepare. Mula2 igt mcm kelamkabut. Padahal 2minggu pertama je kelam sikit sbb risau dah fully booked sbb buat musim cuti. Lepas dah setel book sana book sini, terus boring taktahu nak buat ape. Cumanya, setel bahagian borang nikah la. Nah baca ni dulu.

Kena buat permohonan ye hadik hadik hakak hakak. Memang konfius gila mula2 masa nak isi borang ni. First time kahwin kan. hihi. Bajet je. Tak laa. Sebab anak pertama kahwin. Tu blur2. Tanya mak ayah depa dah lama kahwin mana ingat. Lagipon sistem sekarang mesti la lain dari dulu yedak. Since bakal suami ni, adik beradiknya dah ada yg berkahwin, jd dia tahu la sikit2 nak start dari mana. Disebabkan dia tahu, dia la kena isi borang kan?! Hahaha. Aku memang makhluk yg malas nak isi borang. Tambah2 on9. Boleh isi borang on9 isi butir diri dulu. Kemudian, depa akan email kita borang lengkap untuk lelaki dan perempuan. 

Siapa kena bertindak dulu? Laki ka pompuan ka dua2 sekali? Jawapannya, gentleman first. Laki dulu kena lengkapkan borang dia. Daam borang tu ada la semua helaian yg perlu. Bahagian HIV, borang permastautin dan segalanya. Kemudian hantar ke pejabat agama dekat daerah dia, bila dah diluluskan, pergi amek balik borang tu dari pejabat kemudian bagi kepada pihak perempuan. Harus diingat, borang tu dihantar paling awal 3 bulan sblm tarikh nikah. Kalau awal sangat bagi depa tak proses pon. Pastu kang bg depa simpan mana tahu depa lupo. Nayaaa. Proses untuk kelulusan hanya mengambil masa 1-2minggu. 

Part ujian HIV tu, kome buat je kat klinik kesihatan. Bayar singgit je. Tak lama pon. Takyah tunggu turn orang sakit. Bg ic kat kaunter pendaftaran, depa bagi nombor untuk urusan kat bahagian kecemasan sahaja. Takde nak jumpa doktor. Borang tu kome nak kena buat dua salinan tau. Satu depa nak simpan untuk record.

Sementara dapat borang laki, yg perempuan ni boleh ar siapkan borang korang. Isi mana patut. Refer ketua kampung atau tok kadi berapa salinan ic, sijil, surat beranak, dan sebagainya. Bila sume dah ok, borang dari laki pon dah dapat, tok kadi dah sain itu sain ini, boleh la hantar kat pejabat agama. Bila pejabat agama dah luluskan, pegi amek borang balik dari depa, boleh bagi tok kadi dah. Setel sume. Kira urusan pendaftaran nikah dah selesai. Boleh cuci tangan dah dari pegang pen dan kertas yg banyak helai pening kepala tgk. huu.

Tak rumit sangat pon. Yang penting, rileks. hihihi.

No comments:

Post a Comment