Sunday 12 April 2015

Melancong ke pulau redang

Aku gerak dari KL menuju ke Kuala Terengganu by bus. Tak ingat la harga bas berapa. Yang bagus, amek bas malam. smpai sana subuh. Memang aku ada kawan di KT, jadi rehat2 kat rumah dia dulu sambil menikmati juadah Terengganu yang disediakan oleh tuan rumah yang sangat baik hati.hihihi. Kalau korang takde geng kat KT, dun weri. Benda boleh setel. Dah smpai subuh tu, lepak2 la dulu cari kedai makan ke atau pergi ke masjid putih yang berdekatan untuk solat subuh dulu. Stesyen bas teramat la sangat walking distance ke jeti. Jeti terletak di sebelah pasar payang. So, korang boleh la bukak google map untuk membayangkan kedudukan 3 lokasi ni; stesyen bas, jeti dan pasar payang.

Nama jeti di KT ialah Jeti Shahbandar (JS). Dari JS ada 3 feri ke Pulau Redang. 9pagi, 10.30pagi dan 6petang. Yang bagusnya naik 9pagi kan? Tapi since aku dan geng melepak rumah kawan dulu, kami naik feri pkul 1030pagi. Perjalanan feri dalam 1jam30 min la. Ada di satu spot, ada bertukar feri bergantung kepada chalet mana kau nak pergi. Haritu kami stay di Redang Lagoon Chalet. Amek pakej dorang. Dalam banyak2 chalet, dorang punya paling murah. Better amek pakej kalau menginap di pulau ni. Sebab nanti ko akan terpaksa mengeluarkan duit yg lebih banyak kalau asing2. Makanan kat Pulau memang mahal.

Keadaan chalet tu berpatutan la dengan apa kau bayar. Gambar kome boleh google sendiri. Kami amek bilik untuk 4 orang. Bilik tu ada dua tingkat. Boleh pulak kan bilik dua tingkat? Masuk2 pelik jugak tapi cukup luas la untuk 4 orang. Di laman chalet ada banyaaakkkk hammock. Ko boleh lepak2 kat hammock tu memalam, lepas makan, sementara trip snorkelling seterusnya dan sebagainya. Suasana nyaman je.. Makan disediakan semua buffet. Makan la ramai2. Disediakan makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Masakan semua masakan melayu. Makanan boleh tahan la. takde la teruk sangat tak boleh masuk tekak kan. Ko nak apa dah bayar murah je.

Selalu cuti sekolah memang happening pulau redang ni.Nasib kami agak baik. Kami balik je, segerombolan family smpai. Takde la nak bersesak2 dengan kanak2 riang semua tu. First day, sesampai je terus cek-in dan lunch. Pkul 230ptg bersedia untuk snorkelling. Snorkelling bukan group kau je. sekali dengan semua penduduk chalet tu. 1 bot boleh muat dalam 15-20 org kot. Kalau ramai konvoi la 2 3 bot. Dorang bawak snorkelling dah 4 5 points. Boleh la ko berhabisan tenaga tgk ikan2 yg sangat cantik dan banyak. Ko boleh tendang2. Tapi memang takkan kena la kan sbb dorg renang lagi laju. hihi. Pkul 5 lebih habis lah.

Sesampai chalet minum petang dah disediakan. Dlu makan cucur bawang. Kami tak makan pon. Amek banyak2, bawak ke dalam laut bagi ikan makan. Bawak makanan, baru la ikan berkerumun kelling kau pastu boleh la seronok2 selpi bersama ikan. Kami memang lupa betul nak bwak roti. Salah sebenanrnya bagi ikan makan cucur bawang yang berminyak tu kan. Tapi dah terdesak nak buat cane. hihi. Lenkali, bawak roti seguni, masa snorkelling tu bawak. Ikan memang suke bebeno roti ni. Boleh la fefeeling disayangi ikan2. hahaha.

Esoknya, pagi2 pkul 9 snorkelling sekali lagi. Kali ni p marine park pulak. Banyak woi ikan kat sana. Ada geng aku ni memang peramah gila. Habis semua beachboys kami kenal. Maka boleh la mntak banyak pertolongan. hahah. Di marine park ni ada satu belut yg besar gila sebesar manusia dewasa. Kami kan baik dengan beach boy, jadi dia bawak la kami p tgk belut tu. Belut tu tinggal dia bawah jeti. Diver tu menyelam ke bawak, peluk dan bawak belut tu naik atas untuk kami berjumpa dengannya. Besar dan mengerikan. Selain itu, di marine park ni jugak akan ada photographer amek gambar dalam laut. Sekeping rm5 rasanya. Ke 15? tak ingat jugak. haha. Ko posing la berdekatan dengan coral yang ala-ala pokok krismas. Kamera dia memang power. Nampak jelas ikan2 yang interprem gambar ko dan coral2 yg warna warni. Gambar akan diberi dalam dvd dan boleh juga amek softcopy masuk terus dalam fon dan engko boleh terus uplaod kat instagram haha.

Di marine park smpai tengahari je. Lepas lunch ko buat la apa2 aktiviti yg ko suka. Seperti kami, jalan2 sepanjang pantai sambil memenuhkan memory fon bergambar sakan. Ko teruskan la pergambaran sampai ko muak nak muntah hijau sampai dah takde daya. Stok gambar tu boleh guna untuk setahun tiap2 hari upload haha. Macam tak boleh move on kan? Tapi memang pon. Smpai sekarang teringat2. Walaupun dah hampir setahun berlalu. Sekarang baru rajin nak buat blog.

Hari ketiga, lepas breakfast terus siap2 balik. Feri smpai lebih kurang pkul 1030. Smpai JS dlm pkul 1230 sbb banyak sangat perhentiannya amek orang. Kami balik naik bas. Jadi melepak dlu la di rumah membe, lepas maghrib, dia hntar ke stesen bas balik.

K. Tu je.

hihi.

No comments:

Post a Comment