Tuesday 7 July 2015

Solusi kepada masalah deodoran

Assalamualaikum.
Selamat pagi
Salam 1 Malaysia.

Kah3. Ayat kat atas ni bekas bos tiap2 hari hantar kat group whatsapp. Bos ni memang baik gila. Memang bos idaman setiap orang. Bos tapi macam kawan2 je. Memang sempoi.

Berbalik kepada permasalahan di atas, masalah nya ialah alergi kepada deodoran. Siapa hado masalah cmni? *angkat dedua belah tangan* Aku ni memang sejenis manusia yang sensitif kulitnya. Tak kena sikit ada la fungus datang merayap. Fungus dalam erti kata lain, kering2 gatal2. Selalu terjadi pada belakang telinga, pelipat tangan, pelipat kaki dan ketiak. Dulu memang suka benar sabun shokobutsu perisa oren. Nyaman je rasa. Rupa-rupanya bila jumpa doktor, beliau cakap aku tak boleh guna sabun yang menghakis (seperti dettol, protex, lifebuoy, shokobutsu dan lain2). Memang rasa tegang je kulit kalau pakai sabun jenis tu. Boleh pakai yang lembut pada kulit (tak banyak buih) sahaja contohnya sabun johnsons dan kebanyakan sabun murah2.

Ketiak aku ni pulak masalah dengan deodoran pulak. Sembur je deodoran (atau golek) mula la rasa merekah berlubanhg2 kulit. Rasa je ea. Bukan betul2 jadi pon. Tu permulaan. Beberapa minit kemudian gatal2 diikuti adegan garu2 sampai la luka2. Memang gila tak selesa. Bila kering memang seksa jugak. Dia jadi keras pastu ko tak boleh gerakkan ketiak. Aje gila. Memang mengangkang je ketiak aku tak bergerak.

Haritu masa pergi trip perhentian ada sorang akak ni dia spray benda luar biasa kat ketiak dia. Orang kata, "Curiosity kills the cat" kan? Jadi siasat punya siasat, hakak tu pakai benda kat bawah ni. Haaa, kali ni post ada gambar. hahaha. Bangga rasa.


Benda ni nama Dr Mist. Bukan utk ketiak saje, utk kaki pon boleh. Fungsi dia utk mengeringkan ketiak. Lepas mandi, lap ketiak kering2, spray benda ni. Dah kering ketiak baru ko pakai baju. Benda ni takde bau. Macam air kosong je. Tapi kosong bukan sekadar kosong. Ketiak aku sudah bebas dari permasalahan. Harga sebotol antara RM10-RM13. Ada jual kat watson, guardian, caring dan mungkin farmasi lain. Selalunya farmasi2 ni dalam mall kedudukannya berdekatan je. Kalau kome rajin, g usha harga setiap kedai cari yang paling murah. Caring selalu paling murah sebab dia jual kombo. 1pek ada 3 botol.

Sekian sharing pada hari ini. Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment